30/10/2008

Frustration, Kecewa

Frustration, kecewa-
biasa diguna oleh remaja-remaja yang masih lagi tidak cukup asam garam dalam hidup. Frust lah tak dapat pergi, frust lah tak dapat beli motor, frust lah tak dapat mak we tu dan sebagainya.
Ada sampai rosak kehidupan kerana frustratration di tinggal kekasih. Ada yang jadi gila. Ada yang bunuh diri kerana hilang kawalan, Sanggup tinggal ibu bapa, melawan ibu bapa kerana apa? ......... kerana hanya ada kepercayaan mentah dalam diri dan tiada ilmu dan tiada pegangan agama. Itu saja puncanya.

Kalau anak sentiasa berterus terang dengan ibu bapa dalam segala hal, apa pun kesusahan hidup akan dapat diselesaikan dengan tenang dan senang. Berterus terang sebelum memulakan sesuatu adalah sangat bijaksakna. Berterus terang selepas membuat sesuatu adalah langkah mencuba dan mengharap, adalah langkah tidak bijak dan adalah tindakan mentah yang akan mengundang kepada apa-apa saja hasil.

Anak semasa dalam perut ibu, adalah sangat selamat dan tiada apa-apa yang merungsingkan dirinya. Mulanya kejadian adalah dalam perut ibu. Jadi setiap anak yang ada apa pun masalah hendaknyalah kembali pada ibu, tempat mula kejadiannya di dunia.

Setiap umat Muhammad, tiada rasa dukacita dan juga tidak pernah khuathir dalam kehidupan. Inilah sifat para wali Allah. Kenapa? Setiap apa yang berlaku pada umat ku adalah baik baginya. Ini adalah sabda Rasulullah. Setiap kejadian adalah kehendak Nya. Maka redhakanlah. Terimalah tanpa soal-ini adalah sifat seorang hamba pada Tuhanya.

Maka sebenarnya tiada perkataan Frustration dalam soal sebegini. Kalau sesiapa rasa sebaliknya, beerti mereka-mereka ini adalah dalam golongan manusia yang tidak berilmu dan tiada amalan. Mentah dan tiada pegangan, juga tidak seorang hamba pada Ilahi. Jauhilah dari godaan syaitan. Kelemahan kamu adalah yang ditunggu-tunggu oleh gulongan jin ini, tiada lain dari menyesatkan kamu.

No comments: