06/08/2011

Jalan raya Sabah August 1989




Bulan Ogos 1989, adalah kali pertama Saya Mengelilingi Negeri Sabah. Saya mula memandu Nissan Safari dari KK ke Keningau, Kalabakan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Ranau, Kundasang, Tamparuli dan Balik ke KK.



Berehat sebentar di KK, saya memandu pula ke Kota Belut, Kudat dan kembali ke KK.


Jalan raya dimasa itu tidaklah berapa baik. Jalan KK ke Keningau, Kalabakan dan Tawau adalah jalan tanah yang becak, lembik serta licin. Kalau hujan Saya kena tunggu matahari naik untuk keringkan tanah. Jalan dimasa itu adalah jalan lori balak sahaja. kenderaan pacuan 4 roda pun sukar untuk melaluinya. Hero masa itu adalah Toyota Hilux Single Cabin. Masa itu Double Cabin belum ada lagi.



Jalan dari Tawau ke Lahat Datu dan Sandakan ada baik sedikit, teknoloji Filipina, camputan tanah dan satu jenis compound. Bukan jalan tar seperti yang selalu kita lihat. Ada banyak terdapat jalan yang berlubang-lubang dan terpaksa perlahan dan hati-hati.



Sandakan Ranau dan ke KK baiklah sikit, bertar, walaupun bukan grade yang baik dan tidak rata. Bagitu juga jalan ke Kota Belut dan Kudat.








02/07/2011

Dunia... Dunia...

ARKIB : 26/06/2011 Utusan Malaysia

Anak mati, mak rebut harta

SEJAK berkahwin saya diberitahu bahawa dalam Islam, seorang isteri harus dahulukan ibu mentua daripada ibu sendiri. Saya akur dengan kenyataan itu tetapi, malangnya saya tidak ada perasaan sayang terhadap beliau hinggalah usia perkahwinan saya kini mencecah 21 tahun.'' Demikian cerita Juliza dalam e-melnya.

''Mentua saya orang Pantai Timur, saya dari Selangor. Bukan saya tidak cuba berbaik dengannya, tetapi sejak awal perkahwinan dia tunjukkan reaksi tidak sukakan saya. Dia sanggup menyusun pelbagai strategi membenci dan menganiaya saya, menyebabkan rasa sayang kepadanya sukar dipupuk.

''Walau apa pun perbuatannya, saya tidak pernah mengabaikan kebajikannya, kerana saya hormat dan takut balasan Allah kepada saya nanti. Tetapi beliau sanggup menghantar anak perempuannya ke rumah saya sambil meminta kami menyekolahkannya di sini. Namun, selang tiga hari, adik ipar saya mula tunjuk belangnya.

''Bayangkanlah, dia dengan sesuka hati menggunakan barangan peribadi saya tanpa meminta izin. Bila-bila suka dia ambil pakaian dalam saya walaupun saiz badan kami berbeza. Di sebabkan tekanan demi tekanan, saya minta tolong kawan saya kaunselingkan adik ipar saya itu.

''Akhirnya terbongkar rahsia, ipar saya mengaku segala perbuatannya disuruh ibu mentua untuk menyakitkan hati saya.

''Mentua saya juga pernah memaki hamun saya dalam telefon semata-mata kerana suami saya lambat kirim duit padanya. Dia tuduh saya kontrol gaji anaknya. Untuk pengetahuan pembaca, suami saya selalu tidak cukup duit kerana dia banyak berhutang sejak sebelum kami berkahwin lagi.

''Bukan tujuan saya mengumpat, tetapi sekadar meluahkan rasa sedih kerana wang yang dikirimkan kepadanya adalah daripada duit gaji saya sendiri. Namun saya tidak pernah memberitahu ibu mentua saya tentang hal ini.

''Dipendekkan cerita, akhirnya ibu mentua saya dapat terima saya, itupun setelah dia terasa dipinggirkan dan tidak dipedulikan oleh anak-anak kandung dan menantu lain, yang dengan berani menunjukkan rasa tidak sukakan sikapnya.

Kecil Hati

''Kerana rasa kecil hati dengan perbuatan mereka, barulah mentua saya menyedari bahawa sayalah menantu yang banyak ambil berat tentang dia. Mentua rasa lebih sedih bila ada anaknya yang tidak dapat menerima dia kerana sikapnya memang luar biasa.

''Walaupun akhirnya saya diterima mentua, namun perasaan saya tidak suka terhadapnya semakin menjadi-jadi. Ia berlaku sejak kejadian dua tahun lalu bila mana adik suami saya menghidap kanser. Ketika itu tembelang ibu mentua saya terbongkar. Dia susah hati harta yang akan ditinggalkan oleh anaknya bila mati nanti.

''Dia minta kami suami isteri campur tangan, tetapi kami tidak layan kehendaknya. Bayangkan ketika anaknya menderita penyakit kanser, mentua saya sanggup bertanya anaknya tentang harta yang ada dan atas nama siapa.

''Bila dia tahu, semua harta atas nama isterinya, mentua saya tidak dapat terima hakikat dan rasa amat kesal. Pada malam anaknya meninggal dunia, dia mula buat cerita bahawa anaknya tidak sempat beritahu harta yang mahu diberikan padanya.

''Disebabkan terlalu malu dan kecewa dengan sikap mnrtua saya, kami tidak sanggup bermalam di rumah ipar saya. Sebaliknya kami anak beranak bermalam di hotel, kerana kami tidak mahu mendengar sebarang perkataan daripada mertua saya tentang harta pusaka anaknya itu.

''Esoknya, kami singgah lagi rumah arwah. Apa yang mengejutkan, mentua saya tanpa rasa segan silu bertanya pada setiap kawan arwah tentang bilangan harta yang arwah tinggalkan. Bayangkan apa perasaan biras saya ketika itu?

''Seminggu selepas arwah meninggal, mentua saya semakin gelisah. Mulutnya tidak habis-habis bercakap soal harta pusaka arwah. Saya tahu biras saya tersinggung dan dia meminta tempoh untuk memberi hak atas harta itu kepada ibu mentua saya.

''Dipendekkan cerita, selang tiga bulan mentua saya meminta kami menghantarnya ke rumah arwah dengan alasan hendak menghadiri kenduri arwah. Setelah sampai, kami tinggalkannya di situ kerana tidak dapat cuti.

''Tetapi tidak sampai pun dua hari, isteri arwah menelefon kami supaya mengambil semula ibu mentua. Suami saya bergegas ke rumah arwah dan di situlah kami menyaksikan satu episod drama yang sangat menyayat hati. Mentua saya sanggup menjerit-jerit meminta harta pusaka arwah.

'' Beliau berguling-guling di depan rumah arwah tanpa perasaan malu kepada jiran tetangga. Sayu hati saya hanya Allah yang tahu. Ditakdirkan kejadian itu berlaku pada saya, tentu mertua saya akan melakukan yang sama kepada saya.

''Untuk meredakan hatinya yang sedih, kami membawanya berjumpa imam di tempat saya dengan niat biar lembut sedikit hatinya. Malangnya apa yang berlaku di luar dugaan kami, mertua saya berani berlawan cakap imam yang menasihatinya.

''Alangkah terkejutnya kami bila kami lihat imam tersebut yang menangis. Dia sedih kerana kebiasaannya anak-anak yang berebut harta peninggalan ibu bapa tetapi apa yang berlaku ibu yang berebutkan hartanya anaknya.

''Kini keadaan mertua saya amat menyedihkan. Dalam tujuh orang anak yang dilahirkan, tidak seorang anak pun yang menghormatinya termasuk suami saya. Di sebabkan dosa seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya, saya nasihatkan dan mengingatkan suami saya agar hormatilah ibu, walau apa pun tindakannya, dia tetap ibu.

''Saya bersyukur kerana saya masih ada perasaan takut hukum Allah, kerana itu saya cuba pelihara tutur kata dan tingkah laku terhadap ibu mentua saya, cuma saya tidak mampu berbohong pada diri sendiri bahawa saua tidak ada perasaan kasih terhadapnya.''

Demikian cerita Juliza yang selama 20 tahun bersabar menghadapi kerenah mentuanya.

16/04/2011

The Name of New Family Members

Wan Rana Ferda Will be the name. The nick name will be FeRa...

Fikirkan

Azan... cuba perhatikan maksudnya... Allah Hu Akbar.......... ...... ..... Hai Ya Alas Sollah ...... ..... Hai Ya Alal Fallah ....... ........ La Ila Ha'illallah. Laungan Kebesaran Ilahi.... Salah satu isi dalam azan ini adalah tentang kejayaan.. Boleh kita katakan: "marilah solat, barulah menuju kejayaan" Boleh juga kita kata : "Solat dulu sebelum mencari/menuju kejayaan" Boleh juga kita kata: "Solat dulu baru berjaya" atau "Nak apa-apa kejayaan, kena dahulukan solat dipermulaan" .. cuba fikirkan lagi...

07/04/2011

The 23rd

New born, girl, 6 April 2011

  • Old Hope

  • Old wishes

  • Old basic strength
Will be forever winning ... ...... even in the future dynamics challenge ......

16/02/2011

New Baby


New baby new name but old hope

29/01/2011

Arnab

Arnab pun ada mulut dan lidah.
Tetapi dia senyummmmmm je sepanjang masa.
Mengata orang pun tidak, walaupun dia sentiasa mendengar...
Sebab itulah ramai orang suka. Ada yang buat tempat meluah perasaan pula tu!!
Pahala pun banyakkkkkk

Mulut dan Lidah

Tak ada mulut .... nak makan minum macam mana?
Tak ada Lidah .... nak rasa makanan macam mana?

Orang kata "jaga mulut dan jaga lidah!"
Nak basuh hari-hari ke??
Nak kena pakaikan sarung ke??
Atau apa maksudnya!

Dulu Grand Pa said:

"Bila buka mulut
- keluar benda yang mendatangkan ilmu sahaja,
- masuk benda kebajikan sahaja"

Peranan Lidah dan Mulut sangat besar dalam peranan seharian, walaupun tugas lidah nampak goyang, dan mulut hanya buka untuk lidah dilihat.

Tetapi nampaknya pengunaan mereka jadi macam lain dan masih diamalkan:

Bila buka mulut:
- Keluarnya: cakap tu, cakap ni, orang tu, orang ni, dia kata tu, dia kata ni...pok pet, pok pet.... tak nak berhenti dari ucapan bangga diri, aku punya..., tak adil, anak aku, anak kamu, membebel, mengata kamu, menghina, fitnah, riak, bla....bla...., juga orang kata-mulut lembik...
- masuknya pula: tak sedap yang ni, nak yang ni, makan di sana, makan di sini, tak cukup tu, tak cukup ni, dia ada tu, dia ada ni...., tengah masuk pun tamak!!!

Astagrfirullah hal azim!!
nak jauhkan sifat mazmumah tak boleh ke?????

05/01/2011

Early 2011






Sona, 6, pra-school. Very exited.
Ba-O, now standard 2.
Obey now standard 6.
Iday at form 2.
Study hard.....

03/01/2011

Year 2011

Every time when the new year coming, Most of the peoples yealllliiiing!!!!
Every time....
Beautiful wish and hope... dedicated to fans and friends..
...........
Time is always coming and going..
Never stop and waiting for you..
It won't come back to please you.. or you can pay for it..
This Monday, won't be the same as coming Monday..
Same as Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday and event Sunday...
...........
We have 24 hrs a day, no change so far....
But.. Do we noticed that, 24 hrs that everybody sharing, become faster and faster.
...........
How much time in 24 hrs that you have, wasted...

Read Surah Quran about "time"
(Al-'Asr)

25/12/2010

Pepatah Melayu

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
juga ada yang guna "bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"
Pepatah atau peribahasa ini masih releven dan perlu diguna pakai untuk kejayaan dimasa hadapan.

31/08/2010

Sifat Sederhana

Sederhana adalah cara yang paling baik dalam melakukan segala aktiviti, kerana disana terpendam kemuliaan dan kebahagiaan.

11/07/2010

PEMBAZIRAN:NIKMAT YANG DISIA-SIAKAN

Dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin meningkat akhir-akhir ini, pelbagai pihak menyeru agar kita sebagai pengguna berjimat cermat atau berhemat ketika berbelanja. Kenaikan harga petrol, peningkatan harga barangan runcit (beras, tepung dan gula) dan barangan basah seperti (ayam, ikan, daging dan sebagainya) mendorong pengguna untuk berhati-hati sewaktu merangka atau merancang bajet kewangan mereka.

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah Syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak berlandaskan tuntutan sunnah Rasulullah SAW.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah SWT.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah SWT, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT(kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah al-A’raf: 31).

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa, tenaga muda dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kita sedari kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Kegiatan melepak, berpeleseran dan berbual-bual kosong adalah antara perbuatan yang sia-sia, malah mungkin boleh mengundang dosa jika ada unsur-unsur maksiat di dalamnya.

Justeru, perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalunya waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sia umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata, ”Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga”.

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

Lebih teruk lagi apabila pembaziran masa yang dilakukan itu mengakibatkan berlakunya kelemahan pengurusan, merosotnya produktiviti, kurangnya kualiti serta perjalanan pentadbiran yang tidak sistematik dan produktif.

Rasulullah SAW sendiri menasihati umatnya agar meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi kehidupan dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan masa dan umur dengan percuma.

Sabda baginda daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud, “Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).

Justeru, perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda adalah teladan yang terbaik untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan kenegaraan, perniagaan, ekonomi, peperangan, hal ehwal rumahtangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu baginda uruskan dengan baik tanpa adanya pembaziran.

Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat Islam menghindarkan diri dari pembaziran sama ada yang melibatkan wang, harta, masa, tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dibenci dan dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan Allah dengan menggunakannya secara wajar, berhemah, bersyukur, berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

oleh: Mazlan Zainol (CAHAYA OGOS 2006) Nilai Murni
Pengirim:
Zakaria Bin Othman -->
Tarikh : 14 July 2006 Sumber : -->[Zakaria Bin Othman] Editor : PRO JAKIM

07/07/2010

Dana 3 Years Old

Happy birthday DANA

21/04/2010

Umrah 2010






















Welcome back M and Zahir from Umrah. They spent time at Madinah and Makkah from 9 to 20 Apr 2010. Hope for the best and di Rahmati Allah sentiasa...

16/04/2010

Mazo 1 Tahun


Mazo, you are 1 year old today. You are the youngest in the family now. Be a 'Solehah' person.

07/03/2010

Birthday Wan Emelin


Happy Birthday Wan Emelin.....

Kami semua Ucapkan

12/02/2010

The 1 st Grandson

2-Feb-2010, a new born, Wan Khalil 1st son, and also the 1st grand-son, cucu for us. The date is also the birthday date of Wan Mohd Zahir.

The grand-mothers will be called Nenek, Opah, Nya'i etc...
Which is which, no grand-mothers want the nickname sound very old. I suggest Nenek-kak, nenek-ngah, nenek-teh dan nenek-su,
Grand-father, very simple, Tok-Ayah, the older is the sound, will show the great power he is.

The baby name will be determind by his father...

06/01/2010

2010, School Begin




4th January 2010,

Ba-O, now begin at Standard 1, we thought she is the smallest in her class, but acording to her, there are 3 more friends smaller than her.

25/12/2009

Haji 2009/1430H- Video Pilihan