Showing posts with label Petikan. Show all posts
Showing posts with label Petikan. Show all posts

11/09/2011

Petikan Kisah Nabi Nuh A.S

........ Setelah pembuatan kapal selesai, Allah lalu memerintahkan Nabi Nuh agar memuat kapal itu dengan binatang masing-masing sepasang (jantan dan betina), keluarganya, dan orang-orang yang beriman. (QS Hud : 40). Maka Nabi Nuh pun menyerukan kepada pengikutnya agar segera naik ke dalam kapal. Tak lama kemudian Allah menurunkan hujan badai yang tiada henti. Semua mata air di bumi memancarkan air, saling bertemu dan menimbulkan air bah yang sangat besar. Banjir tinggi melanda bumi dengan gelombang setinggi gunung. Itulah banjir terbesar dalam sejarah peradaban manusia!

Dalam kondisi genting, Nabi Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat jauh dan terpencil, namun tidak ikut naik ke kapal. Dengan sombong sang anak menolak, dan memilih mencari perlindungan ke atas gunung. (QS Hud : 42-43). Demikianlah, anak Nabi Nuh tidak mau menuruti ajakan ayahnya. Dia justru memilih bersama orang-orang kafir. Maka dia pun binasa dan tenggelam bersama mereka.

Hal yang sama terjadi pada istri Nabi Nuh. Dia pun ikut tenggelam bersama orang-orang kafir karena menolak ajakan suaminya untuk beribadah hanya kepada Allah saja. Satu pelajaran besar, bahwa istri seorang yang saleh dan berderajat Rasul pun dapat binasa karena azab-Nya. Maka suaminya itu tiada dapat membantunya sedikit pun dari (siksa) Allah. (QS At-Tahrim : 10)

Wallahu ‘alam bishowab .......

02/07/2011

Dunia... Dunia...

ARKIB : 26/06/2011 Utusan Malaysia

Anak mati, mak rebut harta

SEJAK berkahwin saya diberitahu bahawa dalam Islam, seorang isteri harus dahulukan ibu mentua daripada ibu sendiri. Saya akur dengan kenyataan itu tetapi, malangnya saya tidak ada perasaan sayang terhadap beliau hinggalah usia perkahwinan saya kini mencecah 21 tahun.'' Demikian cerita Juliza dalam e-melnya.

''Mentua saya orang Pantai Timur, saya dari Selangor. Bukan saya tidak cuba berbaik dengannya, tetapi sejak awal perkahwinan dia tunjukkan reaksi tidak sukakan saya. Dia sanggup menyusun pelbagai strategi membenci dan menganiaya saya, menyebabkan rasa sayang kepadanya sukar dipupuk.

''Walau apa pun perbuatannya, saya tidak pernah mengabaikan kebajikannya, kerana saya hormat dan takut balasan Allah kepada saya nanti. Tetapi beliau sanggup menghantar anak perempuannya ke rumah saya sambil meminta kami menyekolahkannya di sini. Namun, selang tiga hari, adik ipar saya mula tunjuk belangnya.

''Bayangkanlah, dia dengan sesuka hati menggunakan barangan peribadi saya tanpa meminta izin. Bila-bila suka dia ambil pakaian dalam saya walaupun saiz badan kami berbeza. Di sebabkan tekanan demi tekanan, saya minta tolong kawan saya kaunselingkan adik ipar saya itu.

''Akhirnya terbongkar rahsia, ipar saya mengaku segala perbuatannya disuruh ibu mentua untuk menyakitkan hati saya.

''Mentua saya juga pernah memaki hamun saya dalam telefon semata-mata kerana suami saya lambat kirim duit padanya. Dia tuduh saya kontrol gaji anaknya. Untuk pengetahuan pembaca, suami saya selalu tidak cukup duit kerana dia banyak berhutang sejak sebelum kami berkahwin lagi.

''Bukan tujuan saya mengumpat, tetapi sekadar meluahkan rasa sedih kerana wang yang dikirimkan kepadanya adalah daripada duit gaji saya sendiri. Namun saya tidak pernah memberitahu ibu mentua saya tentang hal ini.

''Dipendekkan cerita, akhirnya ibu mentua saya dapat terima saya, itupun setelah dia terasa dipinggirkan dan tidak dipedulikan oleh anak-anak kandung dan menantu lain, yang dengan berani menunjukkan rasa tidak sukakan sikapnya.

Kecil Hati

''Kerana rasa kecil hati dengan perbuatan mereka, barulah mentua saya menyedari bahawa sayalah menantu yang banyak ambil berat tentang dia. Mentua rasa lebih sedih bila ada anaknya yang tidak dapat menerima dia kerana sikapnya memang luar biasa.

''Walaupun akhirnya saya diterima mentua, namun perasaan saya tidak suka terhadapnya semakin menjadi-jadi. Ia berlaku sejak kejadian dua tahun lalu bila mana adik suami saya menghidap kanser. Ketika itu tembelang ibu mentua saya terbongkar. Dia susah hati harta yang akan ditinggalkan oleh anaknya bila mati nanti.

''Dia minta kami suami isteri campur tangan, tetapi kami tidak layan kehendaknya. Bayangkan ketika anaknya menderita penyakit kanser, mentua saya sanggup bertanya anaknya tentang harta yang ada dan atas nama siapa.

''Bila dia tahu, semua harta atas nama isterinya, mentua saya tidak dapat terima hakikat dan rasa amat kesal. Pada malam anaknya meninggal dunia, dia mula buat cerita bahawa anaknya tidak sempat beritahu harta yang mahu diberikan padanya.

''Disebabkan terlalu malu dan kecewa dengan sikap mnrtua saya, kami tidak sanggup bermalam di rumah ipar saya. Sebaliknya kami anak beranak bermalam di hotel, kerana kami tidak mahu mendengar sebarang perkataan daripada mertua saya tentang harta pusaka anaknya itu.

''Esoknya, kami singgah lagi rumah arwah. Apa yang mengejutkan, mentua saya tanpa rasa segan silu bertanya pada setiap kawan arwah tentang bilangan harta yang arwah tinggalkan. Bayangkan apa perasaan biras saya ketika itu?

''Seminggu selepas arwah meninggal, mentua saya semakin gelisah. Mulutnya tidak habis-habis bercakap soal harta pusaka arwah. Saya tahu biras saya tersinggung dan dia meminta tempoh untuk memberi hak atas harta itu kepada ibu mentua saya.

''Dipendekkan cerita, selang tiga bulan mentua saya meminta kami menghantarnya ke rumah arwah dengan alasan hendak menghadiri kenduri arwah. Setelah sampai, kami tinggalkannya di situ kerana tidak dapat cuti.

''Tetapi tidak sampai pun dua hari, isteri arwah menelefon kami supaya mengambil semula ibu mentua. Suami saya bergegas ke rumah arwah dan di situlah kami menyaksikan satu episod drama yang sangat menyayat hati. Mentua saya sanggup menjerit-jerit meminta harta pusaka arwah.

'' Beliau berguling-guling di depan rumah arwah tanpa perasaan malu kepada jiran tetangga. Sayu hati saya hanya Allah yang tahu. Ditakdirkan kejadian itu berlaku pada saya, tentu mertua saya akan melakukan yang sama kepada saya.

''Untuk meredakan hatinya yang sedih, kami membawanya berjumpa imam di tempat saya dengan niat biar lembut sedikit hatinya. Malangnya apa yang berlaku di luar dugaan kami, mertua saya berani berlawan cakap imam yang menasihatinya.

''Alangkah terkejutnya kami bila kami lihat imam tersebut yang menangis. Dia sedih kerana kebiasaannya anak-anak yang berebut harta peninggalan ibu bapa tetapi apa yang berlaku ibu yang berebutkan hartanya anaknya.

''Kini keadaan mertua saya amat menyedihkan. Dalam tujuh orang anak yang dilahirkan, tidak seorang anak pun yang menghormatinya termasuk suami saya. Di sebabkan dosa seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya, saya nasihatkan dan mengingatkan suami saya agar hormatilah ibu, walau apa pun tindakannya, dia tetap ibu.

''Saya bersyukur kerana saya masih ada perasaan takut hukum Allah, kerana itu saya cuba pelihara tutur kata dan tingkah laku terhadap ibu mentua saya, cuma saya tidak mampu berbohong pada diri sendiri bahawa saua tidak ada perasaan kasih terhadapnya.''

Demikian cerita Juliza yang selama 20 tahun bersabar menghadapi kerenah mentuanya.

16/02/2011

New Baby


New baby new name but old hope

11/07/2010

PEMBAZIRAN:NIKMAT YANG DISIA-SIAKAN

Dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin meningkat akhir-akhir ini, pelbagai pihak menyeru agar kita sebagai pengguna berjimat cermat atau berhemat ketika berbelanja. Kenaikan harga petrol, peningkatan harga barangan runcit (beras, tepung dan gula) dan barangan basah seperti (ayam, ikan, daging dan sebagainya) mendorong pengguna untuk berhati-hati sewaktu merangka atau merancang bajet kewangan mereka.

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah Syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak berlandaskan tuntutan sunnah Rasulullah SAW.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah SWT.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah SWT, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT(kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah al-A’raf: 31).

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa, tenaga muda dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kita sedari kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Kegiatan melepak, berpeleseran dan berbual-bual kosong adalah antara perbuatan yang sia-sia, malah mungkin boleh mengundang dosa jika ada unsur-unsur maksiat di dalamnya.

Justeru, perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalunya waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sia umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata, ”Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga”.

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

Lebih teruk lagi apabila pembaziran masa yang dilakukan itu mengakibatkan berlakunya kelemahan pengurusan, merosotnya produktiviti, kurangnya kualiti serta perjalanan pentadbiran yang tidak sistematik dan produktif.

Rasulullah SAW sendiri menasihati umatnya agar meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi kehidupan dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan masa dan umur dengan percuma.

Sabda baginda daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud, “Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).

Justeru, perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda adalah teladan yang terbaik untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan kenegaraan, perniagaan, ekonomi, peperangan, hal ehwal rumahtangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu baginda uruskan dengan baik tanpa adanya pembaziran.

Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat Islam menghindarkan diri dari pembaziran sama ada yang melibatkan wang, harta, masa, tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dibenci dan dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan Allah dengan menggunakannya secara wajar, berhemah, bersyukur, berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

oleh: Mazlan Zainol (CAHAYA OGOS 2006) Nilai Murni
Pengirim:
Zakaria Bin Othman -->
Tarikh : 14 July 2006 Sumber : -->[Zakaria Bin Othman] Editor : PRO JAKIM

09/09/2009

Pemilihan Kerjaya Mula di PMR?

SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN
LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.
Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.
"Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,' katanya kepada Utusan.
Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:realistik (realistic)penyelidikan (investigative)artistik (artistic)sosial (social)keusahawanan (enterprising)konvensional (conventional)
Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.
Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.
Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.
Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.
"Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.
Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.
Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.
"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.
Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.
Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.
Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.
Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'.
Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.
Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.
Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.
Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.
Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.
Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.
Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.
"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.
Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.
Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.
Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.
Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.
Memahami Jenis-Jenis Kerjaya
Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:
1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain
2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain
3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding (
Dan lain-lain
7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain

Malaysian Education

Education System of Malaysia
An Overview
Education is the responsibility of the Government and it is committed to providing a sound education to all. The Malaysian education system encompasses education beginning from pre-school to university. Pre-tertiary education (pre-school to secondary education) is under the jurisdiction of the Ministry of Education (MOE) while tertiary or higher education is the responsibility of the Ministry of Higher Education (MOHE). The vision of the Government is to make Malaysia a centre of educational excellence.

Primary and Secondary
EducationPrimary education (a period of 6 years) and secondary education (5 years which encompasses 3 years of lower secondary and 2 years of upper secondary) make up 11 years of free education.
The admission age to the first year of primary education is seven. Primary schooling is mandatory for all children between the ages of 7 and 12. Students sit for common public examinations at the end of primary, lower secondary and upper secondary levels.

Post-secondary Education
Upon completion of secondary education, students can opt to pursue 1 to 2 years ofpost-secondary education. This is the university entrance preparatory course. In total, the 12 years of school education serves as the basic entry requirement into Year One of a bachelor’s degree programme in higher educational institutions.

Tertiary Education
At tertiary education level, institutions of higher learning offer courses leading to the awards of certificate, diploma, first degree and higher degree qualifications (at academic and professional fields). The duration of study for a basic bachelor degree programme is 3 years and the courses of study at this level are provided by both the public and private education sectors, attracting many international students.

Tertiary education providers consist of two major groups :
1. Public (government-funded) institutions of higher learning, for example, public universities, polytechnics, community colleges and teacher training institutes.
2. Private (private-funded) higher educational institutions (PHEIs), for example, private universities, private university colleges, foreign branch campus universities and private colleges.
Government-funded Educational Institutions
1. The Government provides more than 95% of primary and secondary education as well as about 60% of the tertiary education, with the private sector providing the balance.
2. Private-funded Educational InstitutionsThe private education providers in Malaysia can be broadly grouped into 2 categories, depending on the levels of education offered, ranging from pre-school to tertiary education.

These two categories of private institutions are :
a. Private Educational Institutions (PEIs) which provide education at preschool, primary and secondary levels. They comprise private schools and foreign system schools.
b. Private Higher Educational Institutions (PHEIs) which provide tertiary education leading to the awarding of certificate, diploma and degree qualifications.

from www.educationmalaysia.gov.my

07/08/2009

Wasiat Raja-Raja Melayu 5 Ogos 1957

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
----petikan dari utusan malaysia online 7-Ogos-1957

12/09/2008

Pembinaan Kaabah

Diriwayatkan bahawa Kaabah dibina lima kali:

1. Dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as, iaitu daripada permata yaquut merah. Kemudian diangkat ke langit pada banjir besar yang melanda Makkah. Kata-kata ini disokong oleh firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui,” – surah al-Baqarah, ayat 127.Sendi itu diangkat menunjukkan bahawa sendi, iaitu asasnya sudah pun ada (dibina), jadi Baitulllah al-haram sudah pun ada sebelum Ibrahim as dan Ibrahim membinanya semula di atas asas itu.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali dari India ke Makkah berjalan kaki, kekallah ia tawaf Kaabah itu, begitu juga diikuti oleh anaknya hingga pada hari berlakunya banjir, lalu Allah angkatkan ke langit keempat.Diriwayatkan bahawa Allah membina di langit sebuah rumah yang dikenali sebagai Baitul Makmur. Dia menyuruh malaikat supaya tawaf sekelilingnya, kemudian Dia menyuruh malaikat di bumi supaya membina sebuah rumah di bumi mengikut ukurannya dan bentuknya, dan mereka hendaklah tawaf sebagaimana ahli langit tawaf Baitul Makmur.2. Sebenarnya Nabi Ibrahim tidak tahu di mana ia harus membinanya, lalu Allah memberitahu kepadanya tempatnya dengan angin yang bertiup. Angin tadi menyapu sekeliling rumah itu, lalu Ibrahim membinanya di tapak asal.Dalam doa Ibrahim as, ada dalil yang menunjukkan bahawa dia membina binaan itu di atas asas yang terdahulu sebagaimana firman Allah: “Rabbanaa taqabbal minna – surah al-Baqarah, ayat 127. ‘Taqabbal minna’ bermaksud “terimalah daripada kami (amalan kami).”Ada perbezaan di antara lafaz ‘qabul’ dan ‘taqabbul’ dalam bahasa Arab. Lafaz ‘taqabbul’ dibina atas takalluf atau susah payah; digunakan apabila sesuatu perkara yang dibuat itu ada kekurangan yang mana tidak layak diterima amalan itu melainkan melalui jalan kemurahan Allah.Berbeza dengan lafaz ‘qabul’. Lafaz ini tidak ada makna seperti lafaz ‘taqabbul’. Seandainya Ibrahim as membina asasnya sebagaimana binaannya, nescaya kerjanya menjadi lengkap dan sempurna, tiada lagi kekurangan, dan dia tidak berdoa dengan lafaz ‘taqabbul’, sebaliknya dengan lafaz ‘qabul’.Pemilihan lafaz ‘taqabbul’ ini sebagai pengiktirafan daripada Ibrahim as sendiri dan juga anaknya Ismail as mengenai kekurangan dalam pekerjaan itu. Dia tahu bahawa bukan dia atau Ismail yang membina binaan Kaabah itu dari awal, dia hanya mengangkat sendi-sendinya.3. Dibina oleh Quraisy sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw dan Rasul sendiri hadir bersama mereka ketika pembinaan berkenaan. Tatkala mereka ingin meletakkan Hajarul Aswad, mereka berbalah-balahan di antara satu sama lain, siapa atau puak mana yang diberikan kemuliaan untuk meletakkan batu berkenaan ke tempat asalnya.Mereka kemudian bersetuju untuk melantik orang yang mula-mula sekali ke Masjidil Haram. Kebetulan Nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama masuk.Dengan kepintaran Baginda saw, disuruhnya puak yang bertelagah itu menyediakan satu bentangan kain, kemudian meletakkan batu itu di tengah-tengahnya.Masing-masing ketua setiap suku kaum memegang bucu kain itu dan dibawa ke tempat letaknya, kemudian Nabi Muhammad saw sendiri mengambil Hajarul Aswad dan meletakkan di tempatnya.4. Dibina oleh Abdullah bin Az-Zubair ra.5. Dibina oleh jemaah haji, iaitu binaan yang kekal sampai ke hari ini.Selepas Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, membina Rumah itu, Allah mengarahkannya supaya menyeru manusia datang bersembahyang di situ, lalu Nabi Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku, suaraku tidak sampai (untuk menyeru semua manusia).” Allah berfirman: “Hendaklah kau azan dan Aku menyampaikannya.”Nabi Ibrahim terus naik ke Bukit Safa dan menyeru: “Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanmu telah membina sebuah rumah dan mewajibkan ke atas kamu haji ke Baitul ‘Atiq, maka hendaklah kamu menyahut seruan Tuhan kamu itu, dan kerjakanlah haji di Baitullah al-haram supaya dengannya Dia akan memberikan kamu pahala dan menjauhkan kamu daripada api neraka. Lalu ia berkata: Labbaikallahumma labbaik’. Golongan pertama yang menyahut seruan itu ialah ahli Yaman (penduduk Yaman), merekalah yang paling banyak mengerjakan haji.Setiap yang mempunyai niat buruk terhadap rumah itu, pasti Allah akan membinasakannya. Lihatlah kepada tentera bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah, Allah menghantar ke atas mereka burung ababil yang melontari mereka dengan batu daripada neraka lalu hancurlah mereka seumpama daun yang dimakan ulat.Sesungguhnya Nabi Ibrahim mengangkat sendi rumah itu bersama Ismail. Adapun sendinya memang sudah pun ada. Faktor alam sekelilinglah yang menutup atau melitupi sendi ini, lalu Allah zahirkan pada Ibrahim ketika awalnya ketika Ismail masih bayi.Selepas Ismail meningkat usianya sehingga boleh membantu ayahnya, Allah memerintahkan Ibrahim mengangkat sendi-sendi tadi. Sesungguhnya Ibrahim telah mengetahui (dengan petunjuk Allah) tanah wadia atau lembah yang khusus padanya ada Baitullah.Seandainya ia tidak mengetahui dengan tepat kedudukan Rumah Allah di tanah itu, kenapa pula Nabi Ibrahim datang bersama Hajar dan anaknya lalu meninggalkan mereka di situ, sambil berdoa sebagaimana dalam firman-Nya: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,” – surah Ibrahim, ayat 37.Kata Nabi Ibrahim itu menunjukkan bahawa kewujudan Rumah Allah itu sudah pun diketahui ketika ia hendak menempatkan isteri dan anaknya di situ. Akan tetapi tempat kedudukan Rumah itu tidak diketahui oleh Ibrahim. Ini adalah peringkat pertama bagi hubungan Ibrahim dengan Rumah berkenaan.Kemudian datang peringkat kedua, iaitu Allah menerangkan kepada Ibrahim kedudukan rumah itu. Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu pun dengan Aku.” (Surah al-Hajj, ayat 26)Kemudian Allah berfirman selepas daripada itu: “Sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang yang tawaf, dan orang yang beribadat dan orang yang ruku’ dan sujud,” – surat al-Hajj, 26.Kerja ini tidaklah terlalu rumit bagi Ibrahim melakukannya seorang diri kerana hanya menyapu pasir dan batu kecil yang menutupi asas binaannya.Sebab itulah Ismail tidak mengambil peranan menolongnya pada peringkat ini. Lagipun, Baginda masih kecil ketika itu. Kemudian datang marhalah ketiga yang mana perlu kepada bantuan. Ketika ini Ismail sudah membesar yang mencapai peringkat boleh menolong bapanya.Pada marhalah ini, Ismail muncul sebagai pembantu Nabi Ibrahim dalam mengangkat sendi binaan. Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui” – surah al-Baqarah, ayat 127.Ayat ini menunjukkan penyertaan Ismail dalam doa itu menandakan bahawa Ismail sudah pun dalam usia yang ia tahu ia turut serta dalam beribadat kepada Tuhan yang ia minta perkenan.Rumah Allah yang pertama dibina di atas muka bumi ini ialah rumah yang disambung binaannya oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia,” – surah Ali Imran, ayat 96.Selagi rumah itu dijadikan untuk manusia, maka secara automatik yang meletakkannya (yang membinanya) adalah bukan daripada golongan manusia. Sesungguhnya Rumah Allah itu dibangunkan untuk tujuan ibadat kepada Allah.Allah yang memilih tempatnya dan mengkhabarkan kepada malaikat akan batas-batasnya. Sebab itulah ayat ini datang dengan ayat pasif, tidak disebutkan siapa pembinanya (faa-‘il dalam bahasa Arabnya). Pembuatnya tidak disebutkan sebagai lambang pembinanya adalah ghaib, iaitu Allah, yang melaksanakannya juga di alam ghaib, iaitu malaikat.Apabila kita melihat kepada perkataan ‘An-Naas’ dalam ayat itu, kita akan dapati bahawa ia mencakupi semua individu manusia, dari Adam hinggalah ke hari kiamat.Tetapi, mungkin dipersoalkan, kenapakah permulaan itu bermula dari zaman Ibrahim, bukan daripada Adam lagi? Bukankah Adam juga manusia dan termasuk dalam perkataan ‘An-Naas’ seperti dalam ayat itu.Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa sesungguhnya Kaabah dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as. Ibnu Kathir dalam tafsirnya memetik hadis daripada sahih Muslim, daripada Abu Dzar berkata: “Aku telah bertanya Rasulullah saw mengenai masjid yang pertama sekali dibina di bumi, lalu Baginda menjawab: Masjidil-haram. Aku berkata: Kemudian apa? Masjidil-Aqsa, kata Baginda. Aku bertanya lagi: Berapa jarak masa antara kedua-duanya? Rasulullah menjawab: 40 tahun, kemudian tanah/bumi ini dijadikan untukmu sebagai masjid, maka di mana saja kamu berada, hendaklah kamu solat.”Mujahid berkata: Saling berbangga-bangga antara orang Islam dan orang Yahudi. Yahudi berkata: Baitulmaqdis lebih agung dan lebih mulia daripada Kaabah kerana ia tempat yang pernah didatangi oleh nabi-nabi dan ia terletak di tempat yang suci.Orang Islam berkata: Bahkan Kaabah lebih afdhal, lalu turunlah ayat daripada surah Ali Imran ini. Kata Mujahid lagi, Allah telah mencipta tempat asas rumah itu 2,000 tahun sebelum diciptakan mana-mana makhluk di atas muka bumi ini dan sendinya sudah pun ada di lapisan bawah bumi yang ketujuh.Ada pun Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman as sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh An-Nasaei dengan isnad yang sahih daripada Abdullah bin Amru.Timbul kemusykilan di sini kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman agak panjang. Ada yang mengatakan lebih daripada 1,000 tahun. Sudah tentu ini ada percanggahan di antara dua hadis tadi.Bagi menjawab persoalan ini, kita ambil satu riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman hanya memperbaharui saja asas yang dibina oleh orang lain sebagaimana ada riwayat yang mengatakan bahawa orang pertama membina Rumah Allah itu ialah Adam.Maka tidak mustahil ada daripada anaknya yang membina Baitulmaqdis selepas 40 tahun Kaabah dibina. Kemungkinan juga ia dibina oleh malaikat selepas ia membina Kaabah di Makkah dengan izin Allah. Semua itu adalah mungkin, hanya Allah yang lebih mengetahui.Baitullah terletak di Makkah seperti yang disebut dalam ayat daripada surah Ali Imran bahawa Rumah itu di Bakkah. Bakkah mengikut Al-Qurthubi ialah kawasan letaknya asas Baitullah itu manakala Makkah ialah negeri Makkah seluruhnya.Jadilah Kaabah sekarang kiblat umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah salah satu lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia. Bahkan, umat sebelum Nabi Muhammad saw juga berjalan bersama nabi mereka ke arah mentauhidkan Allah yang Esa.Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim ketika saat akhir Baginda sebelum meninggal dunia. Dipanggil semua anak cucunya (Ismail, Ishak, Yaakub dan lain-lain) dan diberikan wasiat untuk mereka.Bukannya harta dan wang ringgit tetapi dengan pesanan: “Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam,” – surah al-Baqarah, ayat 132.Begitu juga tatkala Yaakub hendak meninggal dunia, Baginda bertanya kepada anaknya apa yang akan disembah mereka selepas Baginda meninggal dunia. Lalu mereka semua menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, Yaakub, Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya,” – surat al-Baqarah, ayat 133.Akan tetapi, daripada keturunan inilah juga munculnya Yahuda (anak Yaakub) yang akhirnya namanya diambil sebagai satu agama, iaitu Yahudi. Dari keturunan ini jugalah lahirnya agama Nasrani yang menyeleweng lagi sesat. Alangkah baiknya andainya mereka semua kembali kepada agama asal nenek moyang mereka sebagaimana pengakuan mereka dulu.
Sumber: http://www.urusanhaji.com/Kaabah%20lambang%20penyatuan%20ummah.htm

01/09/2008

Ibadah Puasa

Ramadhan datang lagi. Kita di wajibkan Puasa. Rukun Islam ke3.

Erti Puasa
Menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan.
Niat Puasa
Niat sebulan : Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekaliannya kerana Allah Taala
Niat harian : Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Rukun Puasa
1. Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.
2. Menahan diri dari makan,minum bersetubuh dan muntah dengan sengaja serta menjauhi perkara yang membatalkan puasa.
Syarat-syarat Wajib Puasa
1. Islam
2. Mukallaf
3. Suci dari Haid dan Nifas
4. Mastautin (bukan musafir)
5. Berkuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)
Syarat Sah berpuasa
1. Islam
2. Suci dari haid dan nifas
3. Mumaiyiz
4. Berpuasa pada waktunya

Rujukan : Asas-asas Fardhu Ain (Ustaz Sulaiman Endut)

07/06/2008

Antara Sebab Hati Tidak Tenteram

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-
1) Cinta Dunia
Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.
2) Tamak
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi
3) Kedekut
Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
4) Riak
Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.
5) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.
6) Ego
Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.
7) Pendendam
Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya, yakni membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
8) Hasad Dengki
Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.
9) Tidak Sabar
Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain. Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain,
andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam bissawab.

Petikan
Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor

23/05/2008

Sifat Hasad Memakan Diri


Kesihatan mental merupakan sesuatu yang amat penting bagi individu dan masyarakat. Mental atau hati yang sihat akan membuatkan manusia selalu berada dalam kebaikan, sedangkan hati yang sakit akan berpengaruh negatif terhadap sikap dan perilakunya. Ketidaktaatan manusia kepada Allah s.w.t bukanlah kerana faktor rendahnya kadar intelektual, tetapi lebih kepada hatinya yang tidak sihat. Akibatnya, ramai orang atau manusia yang kehilangan nilai-nilai kemanusiaannya sehingga darjatnya menjadi begitu rendah, bahkan lebih rendah daripada binatang ternak sekalipun.Dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w ada menyebutkan: “Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Hadis riwaya tBukhari dan Muslim)Ada banyak penyakit mental yang menyerang manusia. Satu di antaranya adalah hasad. Dalam lisan al-Arab, disebutkan bahawa hasad adalah seseorang yang menginginkan hilangnya kesenangan yang dimiliki oleh orang lain dan berusaha memindahkan kesenangan itu agar berpindah kepada dirinya. Dalam pemahaman dari sudut bahasa kita, hasad seringkali disebut sebagai iri hati atau dengki terhadap prestasi atau keberuntungan yang dicapai oleh orang lain. Urutan daripada sikap ini ialah berusaha menghilangkan keberuntungan itu agar beralih kepada dirinya. Dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, di antara pihak yang iri hati kepada baginda adalah orang-orang kafir, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani mahupun orang-orang musyrik, begitu juga dengan orang munafik. Oleh kerana itu, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat agar bersabar dan terus memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dalam menghadapi sikap mereka. Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: ´Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (QS 3: ayat 120).Kepada orang-orang yang beriman, Allah s.w.t menegaskan agar sikap hasad ini dijauhi daripada diri mereka kerana ia merupakan salah satu sikap yang tercela dalam pandangan Allah s.w.t dan Rasul-Nya sehingga sikap dianggap sebagai sesuatu yang amat tidak wajar untuk dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Hakikat ini ditandai oleh firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada sebahagian kamu lebih banyak dari pada sebahagian yang lain.” (QS: 4 ayat 32)Hasad merupakan sikap tercela dan perkara itu akan membawa kesan yang negatif, baik bagi diri pelakunya mahupun terhadap orang lain. Terhadap diri pelaku - akan lahir sikap dan sifat negatif seperti tidak menyukai kritikan dan saranan, lebih-lebih lagi kalau perkara itu datangnya daripada orang yang dia berhasad kepadanya. Oleh hal yang demikian itu, kita harus mengetahui apa yang menjadi penyebab utama lahirnya sikap hasad ini agar dengan kita mampu menjauhinya sehingga sikap yang buruk ini tidak bertapak dalam diri kita.Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menyebutkan dua sebab utama yang membuatkan seseorang itu berlaku hasad. Pertama, rasa permusuhan dan kebencian kepada seseorang. Fakta sejarah menunjukkan bahawa orang kafir, musyrikin dan munafik tidak suka melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Rasulullah s.a.w dengan para sahabat. Akibatnya, mereka tidak segan-segan menganiaya, memusuhi bahkan memerangi baginda. Lantaran itu terjadilah sejumlah peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w disebabkan rasa permusuhan dan kebencian yang membuatkan mereka menjadi iri hati. Itulah sebabnya, mengapa golongan seperti itu tidak boleh dijadikan sebagai teman kepercayaan sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan kepadamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS 3: ayat 118)Sebab kedua munculnya sifat hasad itu ialah bersikap sombong (takabur), iaitu merasa diri sendiri yang paling baik, paling benar atau paling hebat. Daripada sifat dan sikap seperti ini, seseorang itu tidak suka terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain sehingga kemajuan dan kejayaan orang lain itu harus dihadang, bahkan kalau perlu dihentikan dengan berbagai-bagai cara. Dari sinilah salah satu faktor yang menyebabkan lahirnya perilaku yang tidak diingini dan akhlak tercela dalam hubungan antara manusia terhadap manusia yang lain, bahkan menolak nilai-nilai kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: “Dan berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan akan hari akhirat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan di dunia: (orang) ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan daripada apa yang kamu makan, dan minum daripada apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, nescaya kamu benar-benar (menjadi) orang-orang yang rugi.” (QS 23: ayat 33-34)Oleh kerana kesombongan merupakan sesuatu yang sangat buruk, maka sewajarnyalah Rasulullah SAW bersabda, yangbermaksud: ´Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong meskipun hanya sebesar biji sawi.”Meskipun sikap hasad itu merupakan sikap yang buruk dan mesti kita hindarkan daripada diri kita, namun Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tidak semua sikap hasad itu buruk. Ada juga yang positif sehingga boleh dimiliki dan dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari)Hasad dalam dua hal yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di atas akan membuatkan seseorang Muslim itu semakin tinggi semangatnya dalam mencari harta untuk dimanfaatkan ke jalan Allah s.w.t dan terus berusaha menambah atau memperbanyakkan ilmu untuk dimanfaatkan dalam segala bentuk kebaikan sehingga memberi kebaikan yang besar kepada orang lain. Ini bermaksud, keinginan menjadi baik bukan semata-mata keinginan yang dikhayalkan, tetapi setiap orang harus berusaha semaksimum mungkin untuk memperoleh apa yang menjadi keinginan baiknya itu. Jika seseorang ingin memperoleh harta untuk digunakan dengan baik dan memberi manfaat kebaikan kepada orang lain, maka dia harus berusaha untuk mendapatkan harta itu secara bersungguh-sungguh dan dengan cara-cara yang halal. Dan apabila ingin memiliki ilmu yang banyak untuk diajar dan dimanfaatkan ke jalan kebaikan, maka seseorang itu harus menuntutnya secara serius sehingga dia menjadi orang yang alim dan boleh memanfaatkan ilmunya itu pada jalan hidup yang benar.Akhirnya, menjadi kemestian kita bersama untuk terus menjaga kebersihan jiwa kita agar menjadi sihat dan dapat mengarahkan kita kepada kehidupan peribadi yang soleh. Insya-Allah.

13/04/2008

Satu Kisah Seorang Anak

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzatbuntuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalasbudinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya.Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalasbudinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawakita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumahjiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalubanyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurangsopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan barubalik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci dirikita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untukmenghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang-sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita adaboyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!"


Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kitamembalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira danberkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibudengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja danterpaksa balik segera

.......Dan kemudian, pada suatu hari........., Ibu meninggal dunia.

Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.

21/03/2008

Khutbah Terakhir Rasulullah (s.a.w)

Sempena Maulidur Rasul (S.A.W), 20 March 2008

“Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.
“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis. Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

04/03/2008

My best son (taken from a book)