06/08/2011

Jalan raya Sabah August 1989




Bulan Ogos 1989, adalah kali pertama Saya Mengelilingi Negeri Sabah. Saya mula memandu Nissan Safari dari KK ke Keningau, Kalabakan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Ranau, Kundasang, Tamparuli dan Balik ke KK.



Berehat sebentar di KK, saya memandu pula ke Kota Belut, Kudat dan kembali ke KK.


Jalan raya dimasa itu tidaklah berapa baik. Jalan KK ke Keningau, Kalabakan dan Tawau adalah jalan tanah yang becak, lembik serta licin. Kalau hujan Saya kena tunggu matahari naik untuk keringkan tanah. Jalan dimasa itu adalah jalan lori balak sahaja. kenderaan pacuan 4 roda pun sukar untuk melaluinya. Hero masa itu adalah Toyota Hilux Single Cabin. Masa itu Double Cabin belum ada lagi.



Jalan dari Tawau ke Lahat Datu dan Sandakan ada baik sedikit, teknoloji Filipina, camputan tanah dan satu jenis compound. Bukan jalan tar seperti yang selalu kita lihat. Ada banyak terdapat jalan yang berlubang-lubang dan terpaksa perlahan dan hati-hati.



Sandakan Ranau dan ke KK baiklah sikit, bertar, walaupun bukan grade yang baik dan tidak rata. Bagitu juga jalan ke Kota Belut dan Kudat.








1 comment:

The Travelius said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1543362721386594874&postID=6671799913640898955&isPopup=true