01/09/2008

Ibadah Puasa

Ramadhan datang lagi. Kita di wajibkan Puasa. Rukun Islam ke3.

Erti Puasa
Menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan.
Niat Puasa
Niat sebulan : Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekaliannya kerana Allah Taala
Niat harian : Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Rukun Puasa
1. Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.
2. Menahan diri dari makan,minum bersetubuh dan muntah dengan sengaja serta menjauhi perkara yang membatalkan puasa.
Syarat-syarat Wajib Puasa
1. Islam
2. Mukallaf
3. Suci dari Haid dan Nifas
4. Mastautin (bukan musafir)
5. Berkuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)
Syarat Sah berpuasa
1. Islam
2. Suci dari haid dan nifas
3. Mumaiyiz
4. Berpuasa pada waktunya

Rujukan : Asas-asas Fardhu Ain (Ustaz Sulaiman Endut)

No comments: